MENU

SABTU, 7 JANUARI 2017: Majlis Daerah Hulu Terengganu turut menghantar seramai 15 orang kakitangan yang diketuai oleh Tuan Haji Deraman bin Abdullah bagi menjayakan Program Gotong Royong Pasca Banjir di Kampung La, Besut Terengganu. Program ini meliputi kerja-kerja membersih yang melibatkan 3 buah rumah, 1 buah Sekolah dan 1 buah Dewan Komuniti. Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.00 petang. Antara dif kehormat yang turut sama turun padang bagi melihat keadaan mangsa banjir ialah Y.B Tan Sri Haji Noh bin Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara Jabatan yang terlibat bagi menjayakan program ini ialah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sukarelawan dari Unisza dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).