MENU

Perasmian Pekan Budaya

Perasmian Pekan Budaya

JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2015: Sekitar jam 9.00 malam telah berlansungnya Majlis Perasmian Karnival Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2015 bertempat di hadapan Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Osman bin Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Antara yang menarik ialah Pertunjukan Bunga Api, Persembahan Artis Jemputan Seperti Eja Mentor, Roy Kapilla dan Dza Street Dance dan Lawatan Dif-fif kehormat ke Gerai-gerai Pameran Jabatan Kerajaan dan Swasta. Program yang akan berlansung selama tujuh(7) hari yang bermula dari 2 September 2015 dan berakhir pada 8 September 2015 ini akan turut menyelitkan aktiviti-aktiviti seperti Pameran Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta, Senamrobik, Kempen Berjalan 10,000 langkah Gempak Merdeka, Pertandingan Mewarna, Forum Perdana, Demostrasi Kuih Tradisional, Pertandingan Masakan, Demostrasi Kebakaran, Demostrasi Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.