MENU

AHAD, 16 JULAI 2017: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah dinobatkan sebagai naib juara bagi pertandingan Program Bergemerlipan Orang Kuala Berang(OKB). Program  anjuran Pejabat Dun Kuala Berang ini yang bermula pada 15-24 JUN  2017 adalah untuk  memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri 1438H/2017M di Kuala Berang.

Program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori  Jabatan, Kategori Taman dan Kategori Kampung. Bagi Kategori Jabatan, Juara  telah dimenangi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu. Naib Juara dimenangi oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri (OKB) telah disempurnakan oleh Y.B  Dato’ Mohd Zubir bin Embong (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri  Terengganu). Turut hadir pada Majlis tersebut adalah Y.B.M Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang (Adun Kuala Berang), Dato' Muda Mamat (Pengarah Unit Komunikasi Negeri ), Tuan Haji Azmi bin Razik (Pegawai Daerah Hulu Terengganu), En. Osman bin A. Bakar (Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu), Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif (Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu) dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Hulu Terengganu.

 

okb 1

okb 2

okb 3

okb 4