MENU

MAJLIS PERPISAHAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

RABU, 30 OKTOBER 2019: Majlis Perpisahan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, En. Jusman Bin Ibrahim yang akan bertukar ke Majlis Perbandaran Kemaman pada 3 November 2019. Setinggi penghargaan yang tidak terhingga selama perkhidmatan beliau di Majlis Daerah Hulu Terengganu (1 Januari  – 31 Oktober 2019). Selamat maju jaya di masa hadapan dan jasamu tetap dikenang oleh seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu. Turut diadakan, sesi bergambar Ahli- ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama Yang Dipertua, En. Jusman bin Ibrahim.