MENU

MAJLIS PERPISAHAN PPBD DAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI MDHT

(Disediakan oleh: Unit Perhubungan Awam & Korporat MDHT)

KHAMIS, 28 SEPTEMBER 2017: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena meraikan pertukaran Pegawai Perancang Bandar & Desa, Cik Nadiah binti Najib serta pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi yang telah berjaya menamatkan Sesi Latihan Industri masing-masing di Majlis Daerah Hulu Terengganu. Cik Nadiah binti Najib adalah merupakan Pegawai Perancang Bandar & Desa dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa Persekutuan (PLANMalaysia) telah dipinjamkan di  Majlis Daerah Hulu Terengganu dan telah berkhidmat di MDHT bermula dari 14 April 2013 sehingga 17 September 2017. Manakala pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi yang telah berjaya menjalani dan menamatkan Sesi Latihan Industri di Majlis Daerah Hulu Terengganu terdiri daripada :-

  1. Cik Raihanah binti Aziz Azhar

Diploma Kesetiausahaan Eksekutif

Kolej Yayasan Pahang

Tarikh Latihan: 13 Jun 2017 – 28 Sept 2017

 

  1. Cik Nurul Fateen Farhana binti Rozali

Sijil Lanjutan Teknologi Awam ( Lukisan Senibina SKM Tahap 3)

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong

Tarikh Latihan: 1 Julai 2017 – 28 Sept 2017