MENU

28 MEI 2018 (ISNIN), MAJLIS PELANCARAN SEMPENA "KEMPEN KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN SERTA NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN 1439H/2018M PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU, BERTEMPAT DI BAZAR RAMADHAN KUALA BERANG. KEMPEN INI TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMED, PEGAWAI DAERAH HULU TERENGGANU. ANTARA AKTIVITI UTAMA ADALAH EDARAN KIT PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN KEPADA PENIAGA DI BAZAR RAMADHAN, PENDIDIKAN KESIHATAN TURUT DIBERIKAN AGAR MEREKA PATUH KEPADA ELEMEN KESELAMATAN MAKANAN. TURUT DIADAKAN PAMERAN PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN, TAK NAK MEROKOK "NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN" DAN JUGA PAMERAN MALARIA. MAJLIS JUGA TURUT DIHADIRI OLEH YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA SERTA PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU. PADA MAJLIS ITU JUGA TURUT DIEDARKAN APRON SUMBANGAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KEPADA PENIAGA BAZAR RAMADHAN.