MENU

MAJLIS LAFAZ DAN MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) DAN PELANCARAN BUKU KOD ETIKA DAN TATAKELAKUAN MDHT

Satu majlis menandatangani IBR dan pelancaran buku kod etika dan tatakelakuan telah diadakan pada 10 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang. Di rasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, En. Osman bin A.Bakar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah KPKPJ Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu. Tuan Haji Azmi bin Razik, Pegawai Daerah Hulu Terengganu. En. Azizul bin Ab. Hadi, Ketua Pen. Setiausaha (Integriti,Prestasi dan Kaunseling). En. Jusman bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan). Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@Abd Latif, Setiausaha, MDHT. PPj Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah SPRM Terengganu.