MENU

ISNIN, 11 JUN 2018: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Majlis Daerah Hulu Terengganu 1439H/ 2018M bertempat di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Program ini melibatkan seluruh kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama ahli keluarga masing-masing. Hadir ke majlis ini ialah En. Wan Mohd Anuar bin Wan Endut, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Puan Suhailawati binti Saigai, Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama ahli keluarga. Antara Dif Kehormat yang hadir ke majlis ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohamed, Pegawai Daerah Hulu Terengganu,  YB Dr. Haji Mamad bin Puteh, ADUN Kuala Berang, Tuan Haji Muhyidin bin Abdul Rasyid, Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu@Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Ustaz Kamarulzaman bin Abdullah, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu.Turut hadir ialah Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Terengganu.