MENU

MAJLIS ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG (APC) 2018 & MAJLIS JASAMU DIKENANG MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU 2019

(Disediakan oleh: Unit Perhubungan Awam & Korporat MDHT)

 

ISNIN, 09 DISEMBER 2019: Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2018 & Majlis Jasamu Dikenang Majlis Daerah Hulu Terengganu 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan bertemakan melayu klasik. Hadir ke majlis ini ialahYang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu En. Wan Muhd Masyum bin Wan Harujan, Setiausaha MDHT Pn. Noor Zatil Aqmar binti Mohamad Nor bersama keluarga dan seluruh kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu beserta ahli keluarga masing-masing. Majlis diraikan dengan jamuan makan malam kakitangan bersama Yang Dipertua dan Setiausaha. Majlis turut dimeriahkan dengan Persembahan Karaoke, Acara Cabutan Bertuah, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, Penyampaian Cenderahati kepada Pesara,  Penyampaian hadiah Sukan Dalaman dan Penyampaian Cenderahati kepada Pembaca Al-Quran Mingguan. Turut diadakan ialah Pertandingan Pakaian Menepati Tema dengan kategori berbeza. Semoga sambutan sebegini dapat diteruskan di masa hadapan kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan warga MDHT sekalligus membantu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik. Tahniah dan  syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah pekerja cemerlang (APC) 2018 Majlis Daerah Hulu Terengganu sebagaimana senarai di bawah:-

  1. Rosmaliza binti Mohamad
  2. Mohd Razali bin Ibrahim @ Yunus
  3. Ramli bin Tahir
  4. Nurul Hidayah binti Md Daud
  5. Mohd Ariff Azmeer bin Abd Samad
  6. Mohd Latif bin Yusof
  7. Tuan Mohd Rizal bin Tuan Group
  8. Md. Jusoh bin Mohamad
  9. Nur Hafizah binti Mohd Zaki
  10. Mohd Hafizee bin Haron
  11. Mohamad Faiz bin Mohd Rapiah