MENU

SELASA, 5 MEI 2020: Bagi meneruskan penyampaian perkhidmatan Kaunter Bersepadu Majlis Daerah Hulu Terengganu yang terbaik kepada orang awam, Majlis Daerah Hulu Terengganu turut mengambil inisiatif mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti penjarakan sosial, menyediakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer dan turut melakukan pemeriksaan suhu badan, jika ada individu yang didapati demam, mereka disarankan menjalani pemeriksaan serta rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran. Maklumat orang awam yang berurusan juga turut direkodkan.