MENU

Hari Bertemu Pelanggan

SELASA, 25 OGOS 2015 : Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Pusat Sivik Ajil, Hulu Terengganu. Turut serta bagi menjayakan program ini ialah Setiausaha MDHT, Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif , Ahli Majlis serta semua Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MDHT. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan Kaunter Aduan dan Permohonan Bantuan PPKB dan Kaunter Bayaran bagi Cukai Taksiran/Cukai Pintu, Sewa Premis Perniagaan, Lesen dan kompaun. Jika pelanggan mempunyai masalah atau ketidakpuasan hati mereka juga boleh membuat aduan di Kaunter aduan yang telah disediakan, aduan ini akan dijawab secara lansung oleh pegawai yang berkaitan. Program turun padang seumpama ini diadakan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan sekaligus memberikan kemudahan kepada masyarakat terutama kepada pelanggan MDHT untuk berurusan. Atas sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan program turun padang seumpama ini akan terus diadakan di masa hadapan dan hebahan akan dibuat dengan lebih meluas.