MENU

 “JOM SINGGAH PEKAN BUDAYA”

DAERAH HULU TERENGGANU 2019

 

SEPTEMBER 2019: Telah berlangsung program “Jom Singgah Pekan Budaya” Daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2019 yang telah dirasmikan oleh ADUN Kuala Berang iaitu YB Dr. Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu. Program tahunan yang dimuatkan dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu ini adalah merupakan usaha pihak kerajaan negeri dalam menampilkan dan mempromosi warisan budaya serta keunikan tersendiri tujuh(7) daerah yang terdapat di Negeri Terengganu. Antara pengisian aktiviti program ini adalah berdasarkan gaya hidup masyarakat di daerah masing-masing. Majlis Daerah Hulu Terengganu turut menyertai program ini dengan mengadakan pameran jabatan dan telah berjaya merangkul tempat ke-3 bagi Pertandingan Booth Pameran Jabatan Kerajaan terbaik, kategori Jabatan Kerajaan.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 12 September 2019 - 11:05am