MENU

27 FEBRUARI 2020: Acara pelepasan konvoi bermotosikal Majlis Daerah Hulu Terengganu oleh Yang DiPertua MDHT, En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan. Program ini disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program konvoi bermotosikal adalah merupakan program tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Turut memeriahkan lagi konvoi bermotosikal ini apabila Yang DiPertua MDHT, En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan turut menyertai konvoi bermotosikal ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan kerana ianya membantu mengeratkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu.