MENU

EKSPEDISI BERMOTOSIKAL KE JANDA BAIK, PAHANG DARUL MAKMUR

(Disediakan oleh: Unit Perhubungan Awam MDHT)

 

KHAMIS, 04 JULAI 2019: Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Terengganu  (KESUMAD) telah mengadakan Ekspedisi Bermotosikal ke Janda Baik, Pahang Darul Makmur. Seramai 46 orang yang terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu telah menyertai ekspedisi bermotosikal ini termasuklah kakitangan wanita. Yang Dipertua MDHT, En. Jusman bin Ibrahim turut memberikan ucapan sebelum menyempurnakan acara pelepasan. Semoga ekspedisi seperti ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara kakitangan MDHT dan sekaligus menyumbang ke arah peningkatan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Hulu Terengganu di masa hadapan.