MENU

Pintu Masuk MDHT Bangunan MDHT

 

Bangunan MDHT Bangunan MDHT

Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978). Sebelum ini ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu.Perasmian pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B.Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.

Terletak kira-kira 40 Km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol dan Mukim Penghulu Diman. Pada 18 Julai, 1996 satu pengwartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu ialah seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis Daerah Huru Terengganu ).

Kini ia merangkumi tujuh mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol Mukim Tersat, Mukim Penghulu Diman Mukim Jenagor, Mukim Hulu Telemong dan Mukim Hulu Berang. Manakala keluasan kawasan operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu adalah seluas 53.40 km persegi. Kawasan Pentadbiran pula seluas 3,821.23 km persegi.

Jumlah penduduk (mengikut bancian tahun 2000) ialah seramai 74,918 orang berbanding 3,586 orang ( mengikut bancian tahun 1970 ) pada awal penubuhannya.