MENU

Majlis Daerah Hulu Terengganu telah berjaya mendapatkan persijilan ISO 9001: 2015 Sistem Pengurusan Kualiti SPK (QMS) menerusi SIRIM QAS International Berhad. Tempoh sah sijil 04 September 2020 sehingga 03 September 2023. Sebanyak 32 prosedur kerja utama telah berjaya dipersijilkan. Pengiktirafan sijil ISO ini membuktikan bahawa ianya merupakan salah satu usaha ke arah penambahbaikan secara berterusan dalam menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien kepada orang awam.

Pencapaian ini adalah hasil usaha dan komitmen seluruh warga kerja MDHT dengan melaksanakan misi demi mencapai visi Majlis Daerah Hulu Terengganu seiring moto MDHT, Bergerak Bersama.